Tuesday, June 30, 2009

Friday, June 26, 2009

:: Adieb's Bottles & Milk ::

Dah namanya baby off course xkan lari dari 'menyusu'. Sejak lahir, selain diberi susu badan, adieb turut diberikan susu formula bayi sehingga ke hari ini. Susu yang aku dan wife aku berikan pada adieb adalah keluaran Wyeth iaitu S-26. Harga? Bleh tahan juga..dulu x reti nak berjimat, kami beli dalam bentuk tin. Harga untuk satu tin dengan berat 900gm adalah sekitar RM45. Adieb minum dalam dua minggu dah abis dah. Tapi skrg kami nih dah cerdik skit, x beli dah dalam bentuk tin. Kami beli dalam bentuk kotak pula. Satu kotak dengan berat 700gm kami bleh dapat pada harga RM31.90. Beli kat kedai ubat cina jer..murah skit.



Cerita pasal botol pula, erm...rasanya dah banyak kot. ada dekat lebih kurang 15 botol susu ada kat rumah tu. Ada yang masih belum dibuka pun. Yang aku dan wife beli pun ada, yang org hadiahkan pun ada. Yang dihadiahkan? Paling x bleh dilupakan adalah botol susu yang dihadiahkan oleh cousin aku, angah; sebabnya botol tu dibeli di ibukota London. Terima Kasih!! Antara botol² lain, yang paling mahal aku rasa adalah dari jenama Dr. Browns. Ha..yang ini special sikit sebab ianya Anti-Colic. Nak tau apa tu anti-colic?? Sendiri google lah yer...


Wednesday, June 24, 2009

:: Adieb - Setelah hampir 4 Bulan ::


Sekejap je masa berlalu pergi, dalam diam anak aku dah pun berumur 3 bulan lebih. Insyaallah pada minggu hadapan bakal menempuh bulan ke-4 didalam diari hidupnya. Dalam pada itu, banyak pengalaman yang aku dan wife alami bersama.

Daripada dikejutkan dengan tangisan laparnya dikala malam dingin, ditambah pula dengan 'hadiahnya' yang ikhlas diwaktu pagi, dan tidak lupa senyum dan gelak tawanya diwaktu pagi. Betul, anak itu adalah anugerah tuhan yang tak ternilai harganya.

Erm, insyaallah. akan aku update dari masa ke semasa akan blog ini. Till then, cheers.