Thursday, July 30, 2009

:: Seronoknya dia berjalan ::


Hehe..jangan salah sangka, anak aku tu belum boleh bertatih lagi apatah lagi nak berjalan. 2 hari yang lepas, kebetulan aku off dan peluang ini digunakan sebaik mungkin oleh aku dan wife untuk membawa anak kesayangan aku tu keluar berjalan. Lokasi? MidValley Megamall!!




Bukan main seronok lagi dia bila dapat bersiar-siar bersama mama dan abahnya, erm mulut pulak x henti² nak ajak org bersembang. kekeke...pada mulanya ingatkan nak window shopping jer, last² tersambar T-shirt 3 helai. hehe...next month insyaallah akan aku belikan adieb baju raya yang grand², maklumlah this month claim OT ribu²..sambil² tu bleh la make-up Vios ku tu sikit lagi.

Wednesday, July 1, 2009

:: Adieb's Keep On Rocking ::

Apa yang rocking? Rock & Roll ker? hehe..mcm biasa, tajuk nak kasi gempak. Saja nak story pasal adieb nih, semenjak dilahirkan seboleh-bolehnya aku xnak biasakan dia tidur dalam buaian. Susah oo nanti. Bukan susah kenapa, buatnya dia dah biasa dapat buaian..kena satu masa pegi berjalan rumah orang dan² tu dia nak berbuai, mana nak cari?


kat kampung berbuai, kat KL ber'rocking'


Tapi dalam aku dok xnak bagi dia berbuai tu, bila balik kg jer dia nih mesti tido dalam buai punya. kat kg, bila dia tido dalam buai..dia akan tido lama skit..so x kaco orang la. tapi risau juga, kot dah terbiasa.


inilah rupanya rocking chair


Kat rumah aku, dia x tido dalam buaian sebaliknya dalam rocking chair. Alah..kira sama je spesisnya dengan bounce net. tgk dia tido dalam tu macam selesa jer, rasa macam nak join jer sebelah dia..kekeke.


best nye tido..


Erm, pada yg baru nak dapat baby tu terutamanya si faeiz; aku nasihatkan survey la dulu bebarang baby sebelum korang decide nak beli. Bukan apa, kekadang tu bila harga berbeza sampai RM10 or RM20 pun berkira juga..


sweet cherry menjadi pilihan

Tuesday, June 30, 2009

Friday, June 26, 2009

:: Adieb's Bottles & Milk ::

Dah namanya baby off course xkan lari dari 'menyusu'. Sejak lahir, selain diberi susu badan, adieb turut diberikan susu formula bayi sehingga ke hari ini. Susu yang aku dan wife aku berikan pada adieb adalah keluaran Wyeth iaitu S-26. Harga? Bleh tahan juga..dulu x reti nak berjimat, kami beli dalam bentuk tin. Harga untuk satu tin dengan berat 900gm adalah sekitar RM45. Adieb minum dalam dua minggu dah abis dah. Tapi skrg kami nih dah cerdik skit, x beli dah dalam bentuk tin. Kami beli dalam bentuk kotak pula. Satu kotak dengan berat 700gm kami bleh dapat pada harga RM31.90. Beli kat kedai ubat cina jer..murah skit.



Cerita pasal botol pula, erm...rasanya dah banyak kot. ada dekat lebih kurang 15 botol susu ada kat rumah tu. Ada yang masih belum dibuka pun. Yang aku dan wife beli pun ada, yang org hadiahkan pun ada. Yang dihadiahkan? Paling x bleh dilupakan adalah botol susu yang dihadiahkan oleh cousin aku, angah; sebabnya botol tu dibeli di ibukota London. Terima Kasih!! Antara botol² lain, yang paling mahal aku rasa adalah dari jenama Dr. Browns. Ha..yang ini special sikit sebab ianya Anti-Colic. Nak tau apa tu anti-colic?? Sendiri google lah yer...


Wednesday, June 24, 2009

:: Adieb - Setelah hampir 4 Bulan ::


Sekejap je masa berlalu pergi, dalam diam anak aku dah pun berumur 3 bulan lebih. Insyaallah pada minggu hadapan bakal menempuh bulan ke-4 didalam diari hidupnya. Dalam pada itu, banyak pengalaman yang aku dan wife alami bersama.

Daripada dikejutkan dengan tangisan laparnya dikala malam dingin, ditambah pula dengan 'hadiahnya' yang ikhlas diwaktu pagi, dan tidak lupa senyum dan gelak tawanya diwaktu pagi. Betul, anak itu adalah anugerah tuhan yang tak ternilai harganya.

Erm, insyaallah. akan aku update dari masa ke semasa akan blog ini. Till then, cheers.

Monday, April 13, 2009

:: Rumah Baru ::

Welcome aboard. Rumah baru ini aku khususkan untuk permata hati aku iaitu si comel Muhamad Adieb Farish. Segala macam perkembangan semasa mengenai Adieb akan aku kongsikan bersama pembaca dirumah baru ini.
Pada aku, biarlah rumah yang lama itu aku gunakan untuk perkara-perkara lain selain daripada adieb. Aku akan cuba sehabis baik untuk sentiasa memastikan blog ini akan sentiasa padat dengan kisah-kisah anak aku itu nanti.
Welcome to; "It's All About Adieb Farish"